Salam dari Editorial

Salam dan selamat sejahtara pembaca,

Laman ini diciptakan dengan harapan untuk membantu penguna-penguna yang lain dengan masalah-masalah yang telah, sedang atau mungkin dihadapi semasa menggunakan sistem pengoperasian (OS) Microsoft terbaru iaitu Windows7. Windows 7 merupakan OS terkini dari Microsoft selepas Windows Vista yang tidak mampu untuk bertapak dalam arena perkomputeran kini. Faktor utama kegagalan Windows Vista adalah keperluan minima yang agak tinggi yang diperlukannya untuk membolehkan ia berfungsi dengan baik berbanding keperluan minima untuk Windows XP. Perbandingan keperluan minima itu adalah seperti berikut:

Perbandingan Keperluan Minima Bagi XP dan Vista

Kebanyakan syarikat swasta tidak mahu melabur dalam penggantian peralatan komputer baru bagi menampung keperluan tersebut kecuali beberapa syarikat besar seperti Shell dan HP. Dan dengan pelancaran Windows 7, mereka jugalah antara yang pertama untuk mengimplementasi OS baru ini.

Berbalik kepada asal saya akan cuba untuk membantu anda melalui dan menyelesaikan masalah yang anda hadapi, tidak kira dari segi teknikal ataupun dari segi penggunaan perisian itu sendiri. Saya juga akan cuba untuk menulis mengenai sumber-sumber tambahan seperti ikon dan fon-fon yang mungkin menarik untuk anda cuba, termasuk perisian-perisian produktiviti lain yang mungkin sesuai untuk digunakan bersama Windows7.

Mungkin sudah banyak laman-laman web seperti ini muncul satu ketika dahulu dan saya pasti yang kebanyakannya adalah dalam bahasa inggeris. Saya hanya berharap kewujudan laman web ini boleh membantu anda sebaik mungkin. Tinggalkan pesanan, komen atau cadangan anda kepada saya dan akan saya cuba untuk membalas seadanya.

Sekian,

Editor.

Tinggalkan komen anda.