Windows7 Installation
Salam Sejahtera,
Ok, hari ni kita tgk macam mana nak install windows7 ke komputer memasing. Kaedah installation windows7 adalah sama bagi semua version seperti Home, Business ataupun Ultimate. Jadi korang boleh ikut kaedah installation dibawah tak kira version apa pun yang korang nak guna.
1. Set kan boot sequence komputer ke boot to CD/DVD from bios. Tekan “Delete/Del” utk PC, “F2″ utk most notebook. Save dan restart.
2. Tunggu sampai skrin dibawah. Tekan any key untuk mulakankan installation.
3. Tunggu sehingga skrin dibawah. Pilih bahasa arahan yang diingini dan tekan Next.
4. Pilih bahasa sistem, format masa dan mata wang, jenis keyboard yang ingin digunakan dan tekan Next
5. Klik I agree dan tekan Next.
6. Pilih Upgrade jika mahu simpan data dari windows Vista sahaja. Untuk Windows XP, pilih Custom (Advanced). Korang digalakkan untuk pilih Custom untuk fresh installation untuk elakkan masalah misconfiguration.
7. Delete semua partition yang ada, lepas tu klik Unallocated Space dan klik new. Masukkan saiz yang diingini (sekurang-kurangnya 30,000MB ~~ 29.8GB). Tekan Apply.
8. Tunggu sekejap sampai partition tadi dibina (seperti dibawah) dan tekan Next.
9. Installation akan dimulakan. Tunggu sehingga selesai. Komputer akan restart beberapa kali bergantung kepada keperluan.
10. Apabila skrin dibawah dipaparkan, installation hampir selesai tunggu hingga skrin seterusnya.
11. Masukkan nama akaun dan nama komputer yang diingini dan tekan Next.
12. Masukkan password yang diingini (pastikan password mengandungi gabunga simbol dan nombor dan melebihi 6 aksara). Hint untuk password terpulang pade korang.
13. Pilih “Use Recommended Setting” bagi mengelakkan installer meng’update’ sistem atau “Ask Me Later” untuk setting kemudian.
14. Set masa dan tarikh dengan betul dan pilih time zone yang bersesuaian (KL/SG GMT+8) dan tekan Next.
15. Bila sampai ke skrin ini, hanya tinggal activation dan ikon desktop setting sahaja lagi.
16. Right klik diatas desktop dan pilih Personalize.
17. Klik “Change Desktop Icon” di bahagian atas kiri.
18. Klik Computer, ’s Files, Internet Explorer dan Recycle Bin dan tekan Apply.
19. Untuk activativate windows7, right klik Computer ikon, pilih Properties, scroll ke bawah ke bahagian Windows Activation dan klik Activate Windows Now.
20. Masukkan 25 aksara CD-Key (terletak pada Certificate of Authentic) dan tekan Next.
21. Tunggu sehingga activation selesai dan restart komputer anda.
Itu sahaja yang perlu anda lakukan untuk kerja-kerja installation windows7 ke komputer anda.
**Kaedah ini hanya untuk basic installation sahaja, tidak termasuk driver komponene lain. Secara asasnya, semua driver bagi komponen komputer akan di install secara default. Untuk pastikan samada kesemua driver di install atau tidak,ikuti kaedah dibawah.
22. Right klik Computer ikon, pilih Properties dan klik Device Manager di bahagian atas kiri.

23. Periksa ikon yang ada tanda “!” warna kuning. Pastikan jenis komponen tersebut dan cuba install driver yang disertakan bersama komponen komputer anda.

Itu sahaja kerja-kerja bagi kaedah windows7 installation.
Tunggu update seterusnya.
Sekian.